Sejarah Bukit Tengkorak
Bukit tengkorak merupakan salah satu tapak arkeologi yang penting di Malaysia khususnya Sabah. Hasil penyelidikan oleh ahli arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa tapak ini wujud dan menjadi penempatan bagi masyarakat zaman batu Neolitik . Selain itu, Bukit Tengkorak juga menjadi salah satu tapak pembuatan tembikar terbesar kira – kira 3000 tahun dahulu. Mengikut para pengkaji sejarah, mereka telah menemui beratus - ratus bahan sejarah di sekitar di Bukit Tengkorak, terutamanya tembikar yang pelbagai corak dan jenis. Bukit Tengkorak juga merupakan kawasan tapak arkeologi yang amat penting di Malaysia dan Asia Tenggara kerana penemuan bukti dan hipotesis yang menyatakan bahawa penghijrahan manusia dan perdagangan atau pertukaran laut yang terpanjang sekali di dunia (lebih 3 500 km) dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia sekitar 3 000 tahun dahulu.






































Pulau Balambangan merupakan salah satu tapak arkeologi di Sabah yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Pulau balambangan ini mula terkenal seawal abad kesembilan belas masihi ekoran daripada aktiviti pemburuan harta karun oleh orang Eropah. Apa yang menarik tentang pulau ini adalah peristiwa mengenainya pada selepas pencairan Glasier Akhir sekitar 2000 tahun lalu dan mengenai pemburuan harta karun yang berlaku disini. Pulau balambangan ini terletak kira-kira 3km dari Pulau Bangi dan British mengenalinya sebagai Felicia Island. Prof. Dato’ Dr Zuraina Majid merupakan orang yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan membuat penemuan arkeologi di Balambangan pada 1997.
Sejarah Balambangan





Sejarah Bukit Tengkorak & Balambangan






Universiti Malaysia Sabah
HA24 Sejarah